Sekurang-kurangnya 44 orang dilaporkan maut dalam tragedi kemalangan bas yang terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di lebuh raya Panamericana di daerah Ocona, Peru pada Rabu.
Namun pihak polis menjangkakan jumlah penumpang bas mungkin lebih daripada itu, memandangkan beberapa nama penumpang tiada dalam sistem pendaftaran nama penumpang yang menaiki bas itu.
“Sebanyak 44 orang disahkan maut setakat ini menurut laporan polis” kata Yamila Osorio, Gabenor Wilayah Arequipa di Twitter.
Kemalangan itu berlaku di lengkungan lebuh raya utama Peru yang terletak di Arequipa. Kemalangan jalan raya dianggap perkara yang biasa di Peru kerana jalan raya di sana disifatkan tidak selamat dan pemandu bas kurang mendapat latihan.
“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa kemalangan di Arequipa.” menurut Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski melalui akaun Twitter.
“Kita telah memberi bantuan segera dan menghantar mangsa ke pusat kesihatan terdekat agar mereka mendapat rawatan secepat mungkin,” tambahnya.
Insiden ini merupakan yang kedua teruk berlaku di Peru, selepas kemalangan pada 2 Januari lalu yang mengorbankan 52 penumpang bas.
Reuters
Thu Feb 22 2018
Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Camana, kiar-kira 57km dari lokasi kemalangan. Foto REUTERS
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
27 maut kebakaran di lombong emas
Sejumlah 27 individu terkoban dalam insiden kebarakan di sebuah lombong emas di Peru pada ahad.
Bas jatuh gaung di Peru, 44 nyawa melayang
Sekurang-kurangnya 44 orang dilaporkan maut dalam tragedi kemalangan bas yang terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di lebuh raya Panamericana di daerah Ocona, Peru pada hari Rabu.
Peru dilanda gempa lagi, Presiden Pablo Kuczynski tinjau kawasan terjejas
Presiden Pablo Kuczynski meninjau kawasan pantai di Peru yang terjejas akibat gempa bumi kuat pada Ahad yang mengorbankan satu nyawa dan menyebabkan berpuluh-puluh yang lain cedera.