Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Bayi baru lahir 3 jam dibaham anjing di dewan bedah

Bayi baru lahir 3 jam dibaham anjing di dewan bedah
Bayi malang itu diserang beberapa ekor anjing yang masuk ke dalam hospital melalui tingkap.
NEW DELHI: Polis India bertindak menutup sebuah hospital swasta dan mendakwa kakitangannya dengan tuduhan membunuh selepas seorang bayi mati dibaham anjing liar di dalam dewan bedah, kata seorang penyiasat.

Bayi malang itu diserang beberapa ekor anjing yang masuk ke dalam hospital melalui tingkap.

Kejadian ngeri di daerah Farrukhabad, kira-kira 180 kilometer dari ibu kota Uttar Pradesh, Lucknow itu disedari ahli keluarga mangsa selepas terdengar bunyi bising salakan anjing di bilik berkenaan.

“Keluarga mendakwa bayi itu ditinggalkan di dalam dewan bedah dengan tingkap terbuka menyebabkan serangan itu berlaku.
“Kami sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum tangkapan boleh dibuat berhubung kematian ini,” kata pegawai penyiasat, Ved Prakash Panday.

Sementara itu, keluarga bayi malang terbabit memberitahu pihak berkuasa bahawa pegawai di Hospital Akash Ganga menawarkan wang tunai bagi merahsiakan kejadian tersebut.
Pihak berkuasa berkata, hospital itu tidak mempunyai lesen dan berdepan penalti kerana beroperasi secara haram. - AFP




Tag: bayi dibaham anjing, Uttar Pradesh, Lucknow, anjing liar, dewan bedah, Farrukhabad, Ved Prakash Panday, Hospital Akash Ganga



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.