awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi hampir lumpuh digoncang ayah sendiri kerana 'tak cukup jantan'

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2019
23:59 MYT
Bayi hampir lumpuh digoncang ayah sendiri kerana 'tak cukup jantan'
James Tipene dipenjara enam tahun setelah didapati bersalah menyebabkan bayinya lumpuh setelah mengalami kecederaan teruk pada otak. -Gambar hiasan
Seorang lelaki dipenjara enam tahun setelah didapati bersalah menyebabkan bayinya mengalami kecederaan teruk pada otak.
James Tipene, 33, dari New Zealand, mengaku bersalah menggoncang anaknya yang berusia lima minggu hingga tidak sedarkan diri selepas berang dikejutkan dari tidur pada 26 Jun tahun lepas.
Ketika perbicaraan dijalankan, James memberi alasan dia bertindak demikian kerana mahu anaknya 'lebih jantan' dan berhenti menangis, lapor portal Daily Mail.
Hakim mahkamah ketika menjatuhkan hukuman berkata bayi itu bernasib baik tidak terbunuh akibat daripada tindakan keji ayahnya sendiri.
Bayi yang dilahirkan pada Mei 2018 itu mengalami pendarahan pada otak, sawan, kekurangan oksigen, kecederaan tulang belakang dan kecederaan pada mata.
Mangsa ditemukan ibunya dalam keadaan sejuk, mata terbeliak dan tidak sedarkan diri.
Tertuduh pada mulanya berbohong mengenai punca kecederaan pada bayi itu apabila ditanya oleh pasukan paramedik dan doktor, namun akhirnya mengaku apabila perbualannya dengan ibu mangsa dirakam polis.
Bayi lelaki itu yang terpaksa menjalani pembedahan pada otak dilaporkan tidak akan dapat merangkak dan mungkin berdepan kerosakan neuron seumur hidup.
James menyalahkan pembawaan ganas pada dirinya ketika membesar di mana dia diajar bahawa "lelaki tidak boleh menangis" dan bayi yang menangis "tidak cukup jantan".
Topic Berkaitan
#bayi lumpuh
#James Tipene
#lelaki tidak boleh menangis
#New Zealand
#pembedahan pada otak
#tidak cukup jantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan