awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lahir atas pesawat China Airlines

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
17/10/2015
07:18 MYT
Bayi lahir atas pesawat China Airlines
Sebuah pesawat China Airlines membuat pendaratan kecemasan di Alaska apabila seorang wanita bersalin dalam penerbangan dari Bali ke Los Angeles. - Gambar: Paparan skrinlayar
Sebuah pesawat China Airlines membuat pendaratan kecemasan di Alaska apabila seorang wanita bersalin dalam penerbangan dari Bali ke Los Angeles.
Memetik laporan portal berita AP, seorang doktor Angelica Zen yang juga merupakan salah seorang penumpang membantu melahirkan bayi itu pada ketinggian 30,000 kaki di Lautan Pacific selepas anak kapal penerbangan itu meminta bantuan.
Susulan kejadian itu, penerbangan berkenaan dilencongkan ke Alaska dan ibu serta anak perempuan yang baru lahir itu dikejar ke hospital berdekatan.
Menurut Angelica, beliau bukan seorang pakar obstetrik, malah hanya pernah melakukan pembedahan bersalin dua kali dengan bantuan pakar perubatan yang lebih berpengalaman.
“Apabila bayi itu keluar dengan selamat saya rasa sangat lega," kata Angelica seperti dipetik dari portal berita, Yahoo News.
Menurut Angelica, beliau hanya merawat pesakit dewasa dan kanak-kanak sambil menambah pembedahan bersalin adalah di luar skop kerjanya
Bagaimanapun, selepas wanita itu melahirkan anaknya dengan selamat, penumpang lain menyambut berita gembira itu dengan tepukan yang gemuruh.
Dalam sebuah video rakaman oleh seorang penumpang, Edmund Chen dari tempat kerusinya, pramugari dilihat memegang bayi itu dan mengelap badannya menggunakan tisu sebelum membalutnya dengan satu selimut besar.
Menurut Chen, dia merakam saat genting itu kerana ia merupakan satu pengalaman seumur hidup.
Sementara itu, pesawat itu mengisi minyak selepas mendarat dan tiba di Los Angeles tiga jam lewat.
Sumber: YouTube
Topic Berkaitan
#Angelica Zen
#bayi
#China Airlines
#Lahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan