Berita  | Dunia

Bayi nyaris maut terminum susu bercampur racun lipas dibancuh ayah

Bayi nyaris maut terminum susu bercampur racun lipas dibancuh ayah
Si bapa tidak segaja membancuh serbuk racun itu kerana beranggapan bahawa ia adalah serbuk kalsium. - Foto: Freeimages.com
BEIJING: Seorang bapa mengalami detik cemas apabila anak perempuannya hampir maut selepas terminum susu yang dibancuh dengan serbuk racun lipas.

Media negara itu, China News Service melaporkan kejadian itu berlaku di Hubei, di wilayah tengah China.
Bapa kepada anak perempuan berusia setahun yang dinamakan sebagai Doudou itu memberitahu dia tidak sengaja membancuh serbuk racun itu kerana beranggapan ia ialah serbuk kalsium.

Zhou, 28, mengaku kesilapannya akibat tergesa-gesa membuat susu anaknya selepas bangun dari tidur.

Kekeliruan itu terjadi kerana kediaman mereka sedang diubah suai dengan barang di dalam rumah berada dalam keadaan berselerak.

Menyedari kesilapan itu, dia segera membawa anaknya ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan.

Mujur setelah menerima rawatan rapi selama dua hari, anak perempuannya menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan pulang.

Tag: susu anak, keracunan, serbuk racun, racun lipas, china


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.