Kira-kira 60 peratus wanita bujang di Jepun enggan memulakan hubungan cinta, disebabkan beban kerja yang semakin meningkat, lapor The Japan Times, memetik tinjauan cocoloni.jp, sebuah agensi khidmat nasihat dalam talian.
Agensi berita Xinhua News Agency melaporkan, golongan wanita di negara itu sekarang, berdepan beban kerja sama seperti kaum lelaki, faktor penat menjadikan wanita lebih memilih untuk berehat sambil menonton drama lipur lara, selepas waktu bekerja daripada pergi berdating.
Cinta di pejabat tidak lagi menarik dan janji temu dengan seseorang yang tidak dikenali, dianggap sebagai satu tekanan dan membosankan, kerana jarang mendatangkan hasil memuaskan.
Hasil tinjauan juga mendapati, satu daripada empat wanita mengakui seringkali tertidur semasa berdating disebabkan keletihan.
Satu lagi laman web temu janji dalam talian, Lovely Media berkata, semakin ramai wanita enggan pergi janji temu kerana beranggapan ia sesuatu yang membuang masa.
Menurut The Japan Times, jika mengimbau sekitar tahun 1980an, lebih 60 peratus golongan muda berusia 20an di Jepun sudah menjalinkan hubungan, sedangkan pada hari ini kumpulan itu menjadi minoriti.
"Waktu kerja lebih pendek, jaminan cuti bersalin serta paterniti, dan pengurangan suasana yang tidak berapa memberangsangkan, dilihat masih jauh untuk membantu wanita lebih memikirkan soal cinta," kata laporan itu.
Bernama
Mon Dec 04 2017
Cinta di pejabat tidak lagi menarik dan janji temu dengan seseorang yang tidak dikenali, dianggap sebagai satu tekanan dan membosankan (foto: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Beban kerja punca wanita Jepun enggan bercinta
Faktor penat menjadikan wanita lebih memilih untuk berehat sambil menonton drama lipur lara.