Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions memecat Andrew McCabe, bekas timbalan pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang terbabit dalam siasatan agensi itu ke atas Hillary Clinton dan peranan Russia dalam pilihan raya 2016 AS.

McCabe juga sebelum ini berulang kali dikritik Presiden Donald Trump di Twitter.

Pemecatan McCabe berlaku dua hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-50, yang melayakkannya bersara daripada FBI dengan pencen penuh.

Penyingkiran itu dilakukan sembilan bulan selepas Trump memecat Pengarah FBI, James Comey. - Reuters

BACA: Trump pecat Pengarah FBI James Comey

BACA: Ungkapan 'you're fired!' Trump bukan hanya dalam 'The Apprentice'?