INTERNATIONAL
Bekas Wanita Pertama Indonesia meninggal dunia

Ani Yudhoyono meninggalkan suami, Susilo Bambang Yudhoyono, dua orang anak dan empat orang cucu. - REUTERS/Fail
Bekas Wanita Pertama Indonesia, Kristiani Herrawati atau lebih dikenali sebagai Ani Yudhoyono meninggal dunia pada 11.50 pagi Sabtu di Singapura.
Isteri kepada Presiden Indonesia keenam, Susilo Bambang Yudhoyono, itu berusia 67 tahun.
Ani bertarung nyawa menghidapi barah darah dan telah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura (NUH) sejak Februari lalu.
Ani yang menjadi Wanita Pertama Indonesia dari tahun 2004 hingga 2014 merupakan penyokong kuat kerjaya politik suami dan anak-anaknya, Agus Harimurti dan Edhie Baskoro.
Beliau dikenali sebagai seorang yang cukup meminati dunia fotografi dan aktif di Instagram di mana beliau turut berkongsi cerita kepayahan beliau melawan kanser.
Selain suami dan dua anak, Ani turut meninggalkan empat orang cucu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami