Tutup

Berita  | Dunia

Belajar makna cinta dan setia daripada Habibie

Belajar makna cinta dan setia daripada Habibie
Cinta agung Habibie dan Ainun kini bersatu di negeri abadi. - Gambar fail
SESIAPA yang pernah menonton filem Habibie & Ainun tentu sekali akan dapat merasakan betapa getar cinta Habibie pada isterinya, Ainun sangat jujur.

Cinta Habibie pada Ainun terlalu agung. Kepada Ainun, Habibie menumpahkan sepenuh cinta dan hormat pada teman hidup.

Filem lakonan Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian itu adalah sebuah rakaman rasa seorang lelaki yang begitu setia pada isterinya.

Justeru, tidak hairan kenapa dialog 'Jangan tinggalkan saya, Ainun' di penghujung filem berkenaan menyentuh hati sebilangan penonton.

Pasangan romantik ini bertemu ketika masing-masing masih bersekolah.

Bibit-bibit cinta tersemai semasa usia remaja dan membawa kepada penyatuan dua jiwa menerusi perkahwinan.

Sejak bergelar suami isteri, Habibie dan Ainun adalah sosok pasangan yang sangat ideal di negara itu.

Lalu, tidak hairanlah mengapa Habibie tidak kuat untuk menerima ketentuan bahawa Ainun terlebih dahulu menemui Ilahi.
Kematian Ainun pada 22 Mei 2010 memisahkan Habibie dengan isterinya.

Pemergian Ainun bagaimana tidak sedikit pun memudarkan kasih dan cinta Habibie pada isterinya, sebaliknya sentiasa mekar seperti zaman remaja mereka.

Sejak Ainun pergi menemui Sang Pencipta, Habibie tidak pernah lupa mengunjungi pusara isterinya.

Malah kerana cinta yang terlalu agung terhadap Ainun, Habibie sempat menulis puisi untuk isterinya itu.

"Kita tetap manunggal, menyatu dan tak berbeda sepanjang masa...

"Ragamu di Taman Pahlawan bersama para Pahlawan Bangsa lainnya...

"Jiwa, roh, batin dan nuranimu telah menyatu denganku...

"Di mana ada Ainun ada Habibie, di mana ada Habibie ada Ainun...
"Tetap manunggal dan menyatu tak terpisahkan lagi sepanjang masa...

"Titipan Allah bibit cinta Ilahi pada tiap insan kehidupan di mana pun...

"Sesuai keinginan, kemampuan, kekuatan dan kehendak-Mu Allah...

"Kami siram dengan kasih sayang, cinta, iman, taqwa dan budaya kami...

"Yang murni, suci, sejati, sempurna dan abadi sepanjang masa...

"Allah, lindungi kami dari godaan, gangguan mencemari cinta kami...

"Perekat kami menyatu, menunggal jiwa, roh, batin dan nurani kami...

"Di manapun dalam keadaan apapun kami tetap tak terpisahkan lagi...

"Seribu hari, seribu tahun, seribu juta tahun.... sampai akhirat!...


Selepas hampir sedekad dipisahkan dengan kematian, Habibie kini menyusul menemui cinta hatinya di negeri abadi.

Habibie pergi membawa keseluruhan kasih, cinta, perjuangan dan kesetiaan pada negara pada usia 83 tahun petang Rabu selepas bertarung dengan pelbagai komplikasi.

Habibie, berehatlah kamu bersama Ainun di sisi bersama Sang Pencipta.

Semoga Allah meletakkan kamu di samping orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah...

Tag: Habibie, Ainun, BJ Habibie, Bacharuddin Jusuf Habibie, Hasri Ainun Besari, setia, suami, isteri


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.