Berita  | Dunia

Belanda turunkan had laju kenderaan untuk elak pencemaran

Belanda turunkan had laju kenderaan untuk elak pencemaran
Kerajaan Belanda mengehadkan kelajuan kenderaan maksimum di negara itu kepada 100 kilometer sejam (km/jam) pada waktu siang hari bermula tahun depan.
AMSTERDAM: Kerajaan Belanda menurunkan had maksimum kelajuan kenderaan di negara itu kepada 100 kilometer sejam (km/j) pada waktu siang bermula tahun depan.

Sebelum ini, had kelajuan maksimum kenderaan di negara berkenaan ialah 130 km/j, namun ia hanya boleh diguna pakai pada waktu malam sahaja bermula pukul 7 hingga 6 pagi.

Perdana Menteri, Mark Rutte berkata peraturan itu diambil sebagai langkah yang signifikan dalam menangani masalah pencemaran nitrogen oksida pada masa ini.

Pelepasan nitrogen difahamkan berpunca daripada aktiviti penternakan, asap kenderaan dan sektor pembinaan.

Sejak kebelakangan ini, projek-projek infrastruktur mega seperti pembangunan bandar, perumahan dan jalan raya ditunda akibat masalah pencemaran yang kian parah.

Belanda menerima banyak kritikan kerana dianggap telah melanggar undang-undang Kesatuan Eropah berkenaan sasaran pengurangan pencemaran.

Oktober lalu, golongan petani di Belanda melakukan protes menyangkal tuduhan bahawa sektor pertanian dianggap sebagai penyebab masalah pencemaran.

Mereka bertindak menghalang jalan raya ketika waktu puncak iaitu pada sebelah pagi dengan membawa puluhan traktor.

Perubahan itu sekali gus meletakkan Belanda sebagai salah sebuah negara yang merekod kadar had laju paling rendah di Eropah.