Dalam situasi dunia masih tercari-cari vaksin bagi mengekang pandemik COVID-19, dua kes jangkitan wabak bubonik pula dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad.
Kes tersebut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia sekali gus mendorong kerajaan mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini.
“Buat masa ini, terdapat risiko wabak itu akan merebak di bandar berkenaan.
"Orang ramai digesa meningkatkan kawalan keselamatan diri dan mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat,” kata pihak berkuasa keselamatan tempatan.
Terdahulu, pada 1 Julai, media tempatan Xianhua melaporkan terdapat dua pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.
Suspek berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital.
Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.
Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota.
Haiwan dalam kelas herbivor itu dikenal pasti hidup di Asia, Eropah dan Utara Amerika.
Dalam perkembangan sama, seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.
Wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.
Ia mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tahun lalu, dua individu yang dijangkiti wabak bubonik di sebuah wilayah di barat Mongolia, Bayan-Ulhii maut selepas memakan daging marmot mentah.
Agensi
Mon Jul 06 2020
Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Kuarantin dilaksana di barat Mongolia susulan wabak bubonik
Kuarantin seminggu dilaksanakan di Wilayah Govi-Altai di barat Mongolia berikutan kejadian wabak disyaki bubonik, juga dikenali sebagai "Black Death".
Makan tupai tanah: Remaja maut akibat wabak bubonik di Mongolia
Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kesihatan dan melaksanakan perintah kuarantin di daerah Tugrug, Mongolia.
Belum pun reda isu COVID-19, wabak bubonik pula dikesan di China
Suspek berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital.