Usaha pencarian terhadap mangsa gempa bumi dan tsunami yang masih hilang di Palu, Sulawesi, dipergiatkan dari semasa ke semasa.

Terbaharu, dua mayat ditemui dibawah runtuhan bangunan di kawasan Balaroa pada Sabtu.

Apa yang lebih menyayat hati adalah dua mayat yang ditemui itu dalam keadaan berpelukan.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat tersebut yang dikenal pasti sebagai Muhammad Rafly, 18 tahun, dan adiknya, Muhammad Hidiyat, 16 tahun.

Bapa mereka, Rudy Rahmat mengesahkan mayat adik beradik itu. Foto: APTN

Bapa mereka, Rudy Rahmat mengesahkan mayat adik beradik itu.

“Mayat mereka ditemui di bawah runtuhan di hadapan rumah abang saya berhadapan masjid.

“Pasukan penyelamat menemui mereka dalam keadaan berpelukan,” katanya menurut laporan media antarabangsa.

Dalam keadaan menyedihkan itu juga, Rudy cuba menenangkan isterinya kerana seorang lagi anak mereka masih hilang.

Dalam keadaan menyedihkan itu, Rudy cuba menenangkan isterinya kerana seorang lagi anak mereka masih hilang. Foto: APTN

Buat masa ini, mangsa terkorban bencana tersebut dilaporkan berjumlah 1,649.

Pada Sabtu, lebih 600 mayat mangsa korban dikebumikan dalam satu kubur besar di luar bandar daerah itu.