awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh maut, seorang cedera dalam nahas jet peribadi di Maine
APG edisi ke-13 melabuhkan tirai, jumpa di Malaysia pada 2027
Sekurang-kurangnya 20 maut akibat ribut musim sejuk di AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang barang kemas dicuri, wanita arah simen bekas kekasih dalam dinding

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
11/03/2019
02:21 MYT
Berang barang kemas dicuri, wanita arah simen bekas kekasih dalam dinding
Mayat mangsa ditemui di sebuah vila yang sedang diubah usai. - Foto Sinar Harian
Berang barang kemas miliknya dicuri bekas kekasih, seorang wanita berusia 64 tahun didakwa telah mengupah empat anggota mafia di Sicily untuk membunuh bekas kekasihnya.
Mangsa, Lamaj Astrid, 41 tahun merupakan warga Albania yang dilaporkan hilang pada tahun 2013.
Enam tahun kemudian, siasatan oleh pihak anti mafia di wilayah Caltanissea telah membawa kepada penemuan mayat Astrid yang telah disimen ke dalam sebuah tiang konkrit di sebuah vila di Senago.
Mayat mangsa ditemui pada bulan Januari lalu semasa vila berkenaan sedang diubah usai, namun berita penemuannya hanya dimaklumkan oleh pihak berkuasa, Jumaat lalu.
Keempat-empat anggota mafia yang dituduh membunuh dan menyembunyikan mayat mangsa telah ditahan di Sicily dan mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah keluarga mafia berpengaruh dari Riesi, Caltanissea.
"Wanita itu mempunyai kenalan rapat dalam keluarga mafia dan kebenaran telah diberikan oleh ketua mafia untuk melakukan pembunuhan terbabit," kata komander polis kepada media.
Menurut laporan media antarabangsa, wanita berkenaan cuba untuk melarikan diri namun dia berjaya ditahan pihak berkuasa.
Sumber penyiasat juga memaklumkan wanita terbabit tidak dapat menerima kenyataan ditinggalkan bekas kekasih dan tidak memaafkan lelaki berkenaan kerana telah mencuri barang kemas miliknya.
Topic Berkaitan
#barang kemas
#curi
#hilang
#mafia
#mangsa
#mayat
#polis
#siasatan
#simen
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan