Bukan setakat dibunuh, malah mayat seorang wanita turut disetubuhi seorang lelaki yang berang lamaran cintanya ditolak.

Dalam insiden yang berlaku di Makassar, Indonesia pada Selasa lalu, Martina Marni, 21 tahun, dilaporkan ditikam sebelum diperlakukan secara keji oleh suspek.

Menurut Kompas.com, mayat mahasiswi jurusan Bahasa Inggeris di Universitas Kristen Indonesia itu ditemukan dengan kesan tikaman di kawasan semak dan ditutupi ranting pokok serta daun, di Marrang pada Selasa malam.

Suspek yang dikenali sebagai Putra atau Utta, 19 tahun, ditangkap pada Sabtu setelah melarikan diri ke Makassar.

Dalam pengakuannya kepada polis, suspek berkata dia membuang mayat mangsa ke dalam semak setelah membunuh dan menyetubuhinya.

Polis berjaya merampas beberapa barang bukti antaranya dua buah telefon bimbit milik mangsa yang diambil daripada suspek setelah melakukan pembunuhan.