awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konstabel polis mengaku tidak bersalah tipu wanita selesai saman PDRM
Polis tahan dua lelaki, rampas anak pokok 'bromeliad' bernilai RM1.3 juta
LG perkenal LG CLOiD, robot pintar bantu tugasan rumah di CES 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berpuluh maut letupan bunuh diri di majlis perkahwinan

Agensi
Agensi
18/08/2019
00:24 MYT
Berpuluh maut letupan bunuh diri di majlis perkahwinan
Anggota keselamatan Afghanistan berkawal di luar dewan perkahwinan susulan satu letupan yang terjadi di Kabul, Afghanistan, 18 Ogos, 2019. (Foto AP)
Berpuluh-puluh orang terkorban dalam satu letupan bunuh diri di sebuah majlis perkahwinan di ibu negara Afhanistan, pada Sabtu.
Dilaporkan, lebih 1,000 tetamu dijemput ke majlis tersebut dan ketika letupan berlaku, ratusan tetamu sudah tiba di lokasi kejadian.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nusrat Rahimi berkata, letupan di Kabul itu berlaku kira-kira jam 10.40 malam waktu tempatan di Dewan Perkahwinan Shahr E-Dubai.
Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai punca letupan.
Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa serangan tersebut adalah yang terburuk di Kabul setakat tahun ini.
Insiden berlaku beberapa hari selepas umat Islam selesai menyambut Hari Raya Aidiladha dan sebelum Afghanistan meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-100 pada Isnin.
Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Aidiladha
#bunuh diri
#Islam
#Kabul
#letupan
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan