awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bila saya tersedar, pakaian saya basah - Mangsa rogol di madrasah

Agensi
Agensi
02/05/2018
05:41 MYT
Bila saya tersedar, pakaian saya basah - Mangsa rogol di madrasah
Dakwa mangsa, dia dipaksa oleh suspek utama itu untuk ke madrasah berkenaan dan mengancam untuk membunuh keluarganya sekiranya membongkarkan rahsia.
Seorang guru agama ditahan pihak berkuasa, susulan laporan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mendakwa dia dirogol di sebuah madrasah di Ghazipur, di New Delhi. Dakwa mangsa, dia telah dipaksa oleh suspek utama itu untuk ke madrasah berkenaan dan mengancam untuk membunuh keluarganya sekiranya membongkarkan rahsia. Lapor media tempatan, mangsa berkata dia diberikan minuman sehingga tertidur dan apabila sedar pada hari keesokkannya, pakaiannya basah. “Dia (suspek) membawa saya ke madrasah, mengugut untuk membunuh keluarga dan mengambil telefon saya. Pemilik madrasah itu turut mengugut saya. “Apabila saya bangun keesokan harinya, pakaian saya basah,” kata mangsa itu. Gadis itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ayahnya pada 21 April lalu selepas ke pasar. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi polis mendapati sebelum itu, tertuduh dilihat sedang berbual dengan mangsa dan membawanya pergi. Selepas mengesan gadis terbabit menerusi panggilan telefon, polis mendapati mangsa berada di sebuah madrasah di Ghaziabad. Mangsa kemudiannya didakwa diculik dan dirogol oleh seorang remaja lelaki. Remaja lelaki terbabit telah ditahan di bawah akta perlindungan kanak-kanak dan dihantar ke sebuah pusat tahanan juvana. Keluarga suspek kemudiannya memaklumkan anak mereka telah dirogol secara berkumpulan. Hanya pada 27 April lalu, polis telah menahan suspek utama, seorang guru agama yang tidak mengaku bersalah dan menafikan terbabit dalam insiden rogol itu. Kata isteri suspek, suaminya telah mengajar di madrasah terbabit sejak lima tahun lalu. Ramai gadis yang berguru denganya dan selamat keluar dan masuk madrasah terbabit. Tidak mungkin suaminya tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Kes kini sedang dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#CCTV
#guru agama
#hilang
#India
#Kanak-kanak
#madrasah
#mangsa
#polis
#remaja
#rogol
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan