awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang TikTok India ditemui mati, dipercayai bunuh diri

Agensi
Agensi
26/06/2020
11:28 MYT
Bintang TikTok India ditemui mati, dipercayai bunuh diri
Siya mempunyai lebih satu juta pengikut di Instagram dan lebih 11 juta pengikut di TikTok. - Foto/Instagram/Siya Sakkar
Polis New Delhi sedang menyiasat kematian bintang TikTok, Siya Kakkar, yang menurut laporan dipercayai membunuh diri di kediamannya pada Khamis.
Portal India Today melaporkan polis kini sedang menyiasat rekod panggilan telefon yang dibuatnya, selepas media melaporkan Siya ada menerima ugutan.
Remaja berusia 16 tahun itu yang tinggal bersama keluarga, tidak keluar rumah sejak beberapa minggu kerana perintah berkurung di India dan dikatakan berada dalam keadaan tertekan sejak beberapa hari lalu.
"Ini mungkin kerana hal peribadi. Setahu saya dia tidak mempunyai masalah dalam hal kerja.
"Saya ada bercakap dengannya semalam (Rabu) berkaitan satu projek baharu dan suaranya kedengaran ceria seperti biasa.
"Syarikat saya menguruskan ramai artis dan Siya antara yang mempunyai masa depan yang cerah," kata pengurusnya, Arjun Sarin.
Siya mempunyai lebih satu juta pengikut di Instagram dan lebih 11 juta pengikut di TikTok.
Video terakhir yang dimuat naik ke TikTok adalah kira-kira 24 jam sebelum berita kematiannya tersebar.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#India
#Instagram
#New Delhi
#polis
#remaja
#Siya Kakkar
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan