awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boris janji Brexit pada 31 Januari 2020

Nailah Huda
Nailah Huda
13/12/2019
08:22 MYT
Boris janji Brexit pada 31 Januari 2020
Perdana Menteri UK Boris Johnson berjanji bahawa Brexit akan dicapai pada 31 Januari 2020 tanpa sebarang kemungkinan dan alasan. Foto - REUTERS.
UNITED KINGDOM kini tiada lagi mempunyai sebarang alasan, langkah Brexit (tindakan keluar dari Kesatuan Eropah) dijangka akan dapat dilaksanakan pada 31 Januari 2020, hanya selang beberapa minggu akan datang.
Itu janji Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson dalam ucapannya ketika Parti Konservatif pimpinannya menghampiri pengiraan akhir undian keseluruhan Pilihan Raya United Kingdom, yang berlangsung hari ini.
“Pilihan raya ini bermaksud menjadikan Brexit sebagai realiti adalah keputusan rakyat yang tidak boleh dinafikan, tidak boleh ditolak dan tidak boleh diperdebatkan,” kata Boris kepada penyokongnya.
Tegasnya, “Kita akan laksana Brexit pada 31 Januari (2020), tanpa sebarang kemungkinan mahupun alasan.”
Parti Konservatif (Tory) meraih kemenangan majoriti dengan 364 kerusi keseluruhan setakat jam 8 pagi waktu tempatan, yang menurut beliau, merupakan keputusan terbaik parti itu sejak era 80-an.
Mengulas mengenai kejayaan itu, Boris tidak menafikan sokongan yang diterima bukan sahaja datang daripada penyokong Parti Konservatif.
“Anda mungkin hanya ‘meminjamkan’ undi anda kepada kami, anda mungkin bukan penyokong Tory.
“Namun, saya pernah berkata kepada penduduk London ketika saya dilantik di kubu Parti Buruh itu dahulu.
“Tangan anda mungkin menggeletar di peti undi, ketika memangkah calon Konservatif, dan kemudian kembali beri sokongan kepada Parti Buruh pada pusingan seterusnya.
“Sekiranya itu betul, saya cukup terharu anda meletakkan kepercayaan kepada kami dan kami tidak akan sesekali mengambil mudah sokongan anda,” ucapannya.
Boris menggambarkan kemenangan itu sebagai satu permulaan baharu (“new dawn”) bagi seluruh rakyat - sama seperti apa yang disampaikan oleh bekas pemimpin parti Buruh, Tony Blair ketika menang pada 1997.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Brexit
#Jeremy Corbyn
#Labour
#Parti Buruh
#Parti Konservatif
#Tory
#UK Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan