Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Boris Johnson hargai jasa 'frontliners', namakan anak sempena dua doktor yang merawatnya

Boris Johnson hargai jasa 'frontliners', namakan anak sempena dua doktor yang merawatnya
Nama "Nicholas" diambil sempena nama dua doktor yang merawat Johnson setelah dijangkiti COVID-19 iaitu Dr Nick Price dan Prof Nick Hart. -ABC.net
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan pasangannya Carrie Symonds mengumumkan nama anak mereka "Wilfred Lawrie Nicholas Johnson."

Apa yang istimewanya, nama "Nicholas" diambil sempena nama dua orang doktor yang merawat Johnson setelah dijangkiti COVID-19 iaitu Dr Nick Price dan Prof Nick Hart.

Johnson dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital St Thomas, London bulan lalu setelah dijangkiti COVID-19.

Dr Price merupakan Pengarah di St Thomas' NHS Foundation Trust, manakala Prof Hart merupakan pengarah bahagian respiratori dan penjagaan kritikal.
Nama bayi mereka diumumkan oleh Seymonds menerusi akaun Instagram pada Sabtu.

Selain itu, menurut Seymonds, bayi yang dilahirkan pada Rabu lalu itu diberi nama "Wilfred" iaitu nama datuk kepada Johnson manakala "Lawrie" pula merupakan nama datuknya sendiri.
Dalam pada itu, Johnson merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada doktor di hospital berkenaan yang menyelamatkan nyawanya tanpa sebarang persoalan.

“Sebenarnya doktor sudah mula untuk mengumumkan waktu kematian saya kerana hampir tewas melawan koronavirus.

“Saya diberi berliter-liter oksigen untuk terus bernafas. Keadaan saya sangat teruk dan saya sedar ada perancangan luar jangka yang akan dilakukan,” katanya.

Pada masa yang sama, Dr Price dan Prof Hart menyatakan rasa teruja atas penghormatan yang diberikan setinggi itu.

“Ini adalah penghargaan yang hebat dan kami ucapkan agar keluarga baharu itu dilimpahi kebahagiaan dan kesihatan yang baik,” kata mereka berdua.