Tutup

Berita  | Dunia

Boris Johnson janji jayakan misi Brexit

Boris Johnson janji jayakan misi Brexit
Tugas pertama Johnson sebagai Perdana Menteri UK adalah merombak Kabinet. - Foto AFP/Ben Stansall
LONDON: Perdana Menteri baharu United Kingdom, Boris Johnson berjanji untuk menjayakan misi Brexit pada 31 Oktober ini, walau apa cara sekalipun.

Pada masa yang sama, beliau membuat rancangan untuk membentuk satu Kabinet membabitkan senarai anggota ternama untuk menamatkan kemelut politik negara.

Dengan hanya berbaki kira-kira tiga bulan lagi sebelum Britain dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah, pemimpin berusia 55 tahun itu dijangka akan mengumumkan senarai Kabinet dan penasihat untuk membentuk barisan mantap.

Ketika berucap di luar pejabat baharu Downing Street, Johnson berjanji untuk melaksanakan perjanjian baharu dengan Brussels.
Selepas dilantik secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II, beliau membuat kenyataan menegaskan bahawa undi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah harus dihormati.

Antara tindakan pertama beliau adalah melantik Pengarah Kempen Brexit, Dominic Cummings sebagai penasihat kanan.
Selain memberi ikrar tentang Brexit, tugas pertama Johnson sebagai Perdana Menteri UK adalah merombak Kabinet.

Antara lain, sebaik diberi kuasa dan mandat, Johnson menyinkirkan Jeremy Hunt, saingannya dalam merebut jawatan Ketua Konservatif dan Perdana Menteri sebelum ini.

Turut disingkir, Philip Hammond, yang sebelum ini tekad letak jawatan jika Johnson dipilih menjadi pengganti Theresa May.

Hammond diganti Sajid David sebagai Canselor.

Manakala Priti Patel dilantik Setiausaha Dalam Negeri dan Dominic Raab pula sebagai Setiausaha Luar.

Begitu juga rakannya, Liz Truss, Theresa Villiers dan Amber Rudd serta Michael Gove akan diberi peranan baharu dalam Kabinet beliau.

Gavin Williams dan Andrea Leadsom pula dijangka bertukar port folio dalam pembentukan Kabinet Johnson.





Tag: Boris Johnson, United Kingdom, Perdana Menteri, Brexit, Kabinet, Downing Street, Kesatuan Eropah, Ratu Elizabeth II



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.