Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson hari ini. mengesahkan beliau positif COVID-19.

Menurut Boris dalam satu pautan terbaharu di Twitter, beliau berkata sudah merasai simptom wabak berkenaan sebelum disahkan positif.

Menerusi kemas kini di Twitter, Johnson memaklumkan beliau mengalami beberapa gejala ringan sebelum dinasihatkan menjalani ujian.
BACA SEMUA ANDA INGIN TAHU BERHUBUNG COVID-19




"Saya mengalami beberapa gejala seperti suhu badan yang sedikit tinggi dan batuk yang berterusan.

"Atas nasihat pegawai perubatan, saya menjalani ujian dan disahkan positif," kata beliau menerusi video yang dimuat naik.

Tambah Johnson, beliau akan terus bekerja namun akan menjalani kuarantin seperti yang sepatutnya.

"Saya akan terus bekerja dan memimpin kerajaan melalui persidangan video dalam usaha kita melawan virus ini," ujar beliau.