awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bosan didesak beli kereta, suami kerat dan bakar isteri

Agensi
Agensi
15/12/2017
10:14 MYT
Bosan didesak beli kereta, suami kerat dan bakar isteri
Siti Saadah (kanan) dibunuh suaminya Kholili (kiri) susulan pertengkaran membabitkan isu pembelian kereta yang seterusnya beralih kepada permasalahan susu anak dan orang tua mereka. -Foto Instagram
BOSAN dengan rengekan isteri yang mengidamkan sebuah kereta, seorang suami di Indonesia bertindak kejam membunuh, mengerat dan membakar mayat pasangannya itu sebelum membuangnya.
Isteri malang tersebut Siti Saadah, 21 tahun, dibunuh suaminya Muhamad Kholili susulan pertengkaran membabitkan isu pembelian kereta yang seterusnya beralih kepada permasalahan susu anak dan orang tua mereka, lapor portal tempatan Indonesia.
Mengikut laporan, Kholili yang bekerja sebagai budak pejabat dikatakan tertekan dengan permintaan isterinya yang disifatkan keterlaluan lalu mengambil langkah mudah dengan 'mendiamkannya'.
Kejadian yang berlaku pada 4 Disember lalu itu terbongkar pada 13 Disember apabila polis Jakarta dalam siasatan mereka berasa ragu dengan kenyataan Kholili yang mendakwa isterinya hilang.
Setelah didesak, Kholili akhirnya mengaku membunuh isterinya. Dia turut menunjukkan tiga lokasi di mana dia membuang cebisan mayat isterinya.
Menurut polis, kepala dan kedua-dua kaki mangsa dibuang di tiga tempat berbeza iaitu di kawasan air terjun di Kampung Loji, daerah Tegalwaru, dan Bogor di Jawa Barat.
Sebelum ini, pasangan berkenaan difahamkan begitu bahagia dan sering memuat naik gambar kemesraan mereka di Instagram.
Topic Berkaitan
#dibakar
#dibunuh
#dikerat
#Indonesia
#isteri
#Jakarta
#kereta
#kholili
#mangsa
#polis
#Siti Saidah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan