Sekurang-kurangnya 49 penumpang dan kru sebuah bot pelancong di Phuket dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dalam insiden bot karam di luar pantai pulau itu pada Khamis.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang majoritinya ialah pelancong dari China masih diteruskan setakat ini, lapor media antarabangsa.

Pihak berkuasa Thailand mengesahkan 97 penumpang dan kru berada di dalam bot malang berkenaan ketika kejadian, di mana 48 daripadanya berjaya diselamatkan.

Punca kejadian dipercayai akibat angin kencang ketika bot tersebut melewati sebahagian pulau di kawasan berkenaan.