awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brexit bahaya masa depan Britain, ibarat 'cederakan diri sendiri' - EU

Agensi
Agensi
22/06/2016
03:27 MYT
Brexit bahaya masa depan Britain, ibarat 'cederakan diri sendiri' - EU
Eropah adalah lebih kuat bersama dengan negara anggotanya, malah akan lebih selamat apabila saling bekerjasama, kata Juncker. -
Menjelang pungutan suara Britain pada Khamis, Presiden Kesatuan Eropah (EU) Jean Claude Juncker mengingatkan rakyat Britain bahawa negara itu bakal berdepan beberapa kemungkinan sekiranya memilih untuk keluar daripada blok Kesatuan Eropah.
Ketika berucap di Athens, Juncker memberi amaran tindakan Britain jika memilih untuk keluar EU itu “seolah-olah mahu mencederakan diri sendiri.”
Jelasnya, Eropah adalah lebih kuat bersama dengan negara anggotanya, malah akan lebih selamat apabila saling bekerjasama.
“Ini ialah usaha penuh sabar yang dilakukan pelbagai kelompok generasi dan kita tidak boleh melakukannya tanpa rakyat Britain. Meninggalkan Kesatuan Eropah akan merisikokan segalanya; ia akan memusnahkan apa yang telah dicapai setakat ini, dan akan mengurangkan apa yang kita boleh capai pada masa hadapan.
“Untuk meninggalkan jiran kita dan mengasingkan diri akan menafikan pendirian Eropah dan Britain; keputusan itu ibarat mencederakan diri sendiri,” katanya lagi.
Sementara itu, Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan Kumpulan Perniagaan Greek yang dihadiri Junker turut menjelaskan kesan ekonomi yang akan dihadapi jika keputusan seumpama itu dibuat Britain.
Topic Berkaitan
#EU
#jean claude juncker
#Kesatuan Eropah
#pungutan suara Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan