DUNIA
Brunei catat korban pertama COVID-19

Satu lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 115 kes positif COVID-19 di Brunei.
Brunei melaporkan kematian pertama akibat COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.
Mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun yang pulang dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi berita Xinhua.
Pesakit itu meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Pengasingan Kebangsaan di daerah Tutong, mangsa merupakan kes COVID-19 ke-25.
Satu lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 115.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami