Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

AS buat peraturan baharu benarkan syarikatnya bekerja dengan Huawei

AS buat peraturan baharu benarkan syarikatnya bekerja dengan Huawei
Firma AS kini boleh bekerjasama dengan syarikat Huawei bagi pembangunan standard 5G dan teknologi canggih lain. -Gambar fail
WASHINGTON: Firma Amerika Syarikat (AS) kini boleh bekerjasama dengan syarikat Huawei bagi pembangunan standard 5G dan teknologi canggih lain.

Ia susulan peraturan baharu yang dikenakan Jabatan Perdagangan AS.

Peraturan tersebut meminda penyenaraian entiti Huawei yang melarang penjualan barang dan teknologi AS kepada syarikat itu.

Huawei diletakkan dalam senarai berkenaan pada Mei 2019 atas alasan kebimbangan keselamatan negara.
Pindaan tersebut membenarkan pelepasan teknologi tertentu kepada Huawei dan sekutunya dengan bersyarat.

Antaranya, syarikat itu perlu memberikan sumbangan kepada penyemakan atau pembangunan standard dalam organisasi standard.
Peraturan baharu itu menyatakan Huawei dan 114 sekutu asingnya dalam senarai entiti terus mengambil bahagian dalam banyak organisasi standard antarabangsa yang penting di mana syarikat AS turut mengambil bahagian.