awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 7 tahun dirogol, dibunuh pada majlis perkahwinan kakak

Agensi
Agensi
18/04/2018
09:40 MYT
Budak 7 tahun dirogol, dibunuh pada majlis perkahwinan kakak
Mangsa yang baru berusia tujuh tahun itu dilaporkan hilang sewaktu hadir di satu majlis resepsi perkahwinan keluarganya. -Gambar hiasan
Mayat seorang kanak-kanak ditemukan di sebuah tapak pembinaan perumahan di perkampungan Sitalpur, India.
Mangsa yang baru berusia tujuh tahun itu dilaporkan hilang sewaktu hadir di satu majlis resepsi perkahwinan keluarganya.
Pencarian ketika majlis sedang berlangsung menemukan mangsa dalam keadaan yang menyayat hati.
Menurut Ketua Polis Etah (Bahagian Jenayah), Superintendan Om Prakash Singh, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu diserang secara seksual susulan penemuan luka pada bahagian kemaluannya dipercayai sebelum mangsa dibunuh.
“Mangsa hadir bersama ibu bapa ke majlis perkahwinan kakaknya dan kehilangannya mula disedari ketika kemuncak majlis perkahwinan itu.
“Mangsa telah diperdaya oleh suspek yang merupakan pemasang khemah majlis tersebut dan dibawa ke dalam sebuah rumah yang sedang dibina.
“Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian selepas melihat keluarga mangsa melakukan misi pencarian,” katanya seperti yang dilaporkan portal Times of India.
Tambahnya, suspek berjaya ditangkap dan bakal didakwa di bawah pertuduhan bunuh dan rogol susulan penemuan DNA suspek pada tubuh mangsa.
Topic Berkaitan
#bunuh
#DNA
#hilang
#India
#Kanak-kanak
#mangsa
#mayat
#polis
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan