Berita  | Dunia

Budak ini selamba berus gigi buaya setiap hari

Budak ini selamba berus gigi buaya setiap hari
Maharani dilihat meletakkan ubat gigi sebelum memberus gigi anak buaya yang berendam bersamanya di dalam besen. -YouTube
TANGERANG: Menjadi kebiasaan bagi ibu bapa memberikan anak kecil mereka bermain permainan diperbuat daripada plastik.

Namun berbeza dengan keluarga di Indonesia ini yang memilih memberikan anak perempuan mereka satu 'permainan' yang dikira berbahaya untuk menemaninya - seekor anak buaya.
Dalam video tular dipercayai dirakam di bandar Tangerang di pulau Jawa, Indonesia itu, kanak-kanak itu dilihat selesa memberus gigi anak buaya yang bersamanya di dalam bilik air.

Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak yang bernama Maharani itu dilatih menjaga haiwan sejak kecil oleh ayahnya, seorang pencinta binatang.

Kelibatnya yang memakai pakaian mandi di dalam besen bersama seekor buaya tular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video itu, Maharani dilihat meletakkan ubat gigi sebelum memberus gigi anak buaya yang berendam bersamanya di dalam besen. 

Selain buaya itu, Maharani turut ditemani seekor ular dan juga burung enggang di besen bersebelahan di dalam bilik air itu.