announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Budak kerdil mangsa buli didakwa penipu, orang dewasa dalam tubuh kanak-kanak

Budak kerdil mangsa buli didakwa penipu, orang dewasa dalam tubuh kanak-kanak
Kecoh di media sosial apabila ada yang menyatakan bahawa Quaden Bayles bukannya berumur 9 tahun tetapi sebenarnya lelaki berusia 18 tahun. -Gambar fail
TULAR di media sosial ketika ini video seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa menjadi mangsa buli dari Australia.

Video rintihan Quaden Bayles menarik perhatian ramai, bukan sahaja kalangan netizen malah golongan artis dan ketua syarikat ternama.

Namun, dalam pada masyarakat menangisi derita yang ditanggung mangsa, muncul dakwaan bahawa ibu  kanak-kanak ini, Yarraka Bayles cuba menipu masyarakat.

Kecoh di media sosial apabila ada yang menyatakan bahawa Quaden Bayles bukan berumur 9 tahun, tetapi sebenarnya lelaki berusia 18 tahun.


.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa Quaden merupakan seorang pelakon.


Walaubagaimanapun, segala tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan tepat kerana terdapat beberapa bukti kukuh seperti gambar sambutan hari jadi Quaden.


Bukan itu sahaja, terdapat juga video temu ramahnya bersama Studio 10 pada tahun 2015 yang menunjukkan ketika itu dia baru berusia 4 tahun, sekali gus menolak kenyataan awal yang menyatakan bahawa dia dan ibunya menipu.


Rakaman Quaden yang menangis dipercayai akibat dibuli mendapat perhatian badan kebajikan dan selebriti seperti Chatri Sityodtong, Jillian Barberie, Brad Williams, dan Hugh Jackman.

Bukan itu sahaja, pasukan ragbi The Indigenous All Stars turut menjemput Quaden untuk mengetuai pasukan mereka dalam perlawanan National Rugby League All Stars yang berlangsung Sabtu ini.

Quaden Bayles mula mendapat perhatian umum apabila ibunya muat naik sebuah video dilaman Facebook mengenai anaknya yang dibuli.

Tujuan video tersebut dimuat naik adalah untuk meningkatkan kesedaran bahaya buli kepada masyarakat umum.