awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak umur setahun cedera disepak lelaki tak dikenali

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2019
21:40 MYT
Budak umur setahun cedera disepak lelaki tak dikenali
Kelihatan seorang lelaki berbaju belang menghampiri mangsa sebelum menyepaknya. -Foto Sinar Harian
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun di China cedera ringan dan lebam gara-gara disepak seorang lelaki tidak dikenali.
Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan di dalam sebuah pusat beli-belah di Shenzhen bersama neneknya berusia 57 tahun apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba menendang kaki kanak-kanak itu dari belakang.
Insiden pada Rabu lalu dirakam kamera keselamatan dan telah ditonton hampir lima juta kali dalam tempoh 24 jam.
Dalam rakaman itu kelihatan seorang lelaki berbaju belang menghampiri mangsa yang berdiri berhampiran sebuah tiang sebelum menendangnya dari belakang lalu menyebabkan kanak-kanak itu terpelanting di lantai.
Nenek mangsa segera memeriksa keadaan cucunya lalu berdepan dengan lelaki berkenaan yang kelihatan berkata sesuatu kepada wanita tua itu.
Lelaki terbabit dipercayai mengugut nenek mangsa menyebabkannya terpaksa membiarkan lelaki itu berlalu pergi.
Difahamkan tiada saksi tampil ketika kejadian menyebabkan keluarga kanak-kanak terbabit memuat naik video itu atas talian dengan harapan dapat menjejak si pelaku.
Sementara itu, Polis Shenzhen memaklumkan telah mengenal pasti seorang suspek namun tiada tangkapan dibuat setakat ini. - Agensi
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan disepak
#kanak-kanak terpelanting
#lebam gara-gara disepak
#lelaki berbaju belang
#nenek mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan