Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Buku terbitan pertama 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' dilelong RM176,000

Buku terbitan pertama 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' dilelong RM176,000
Difahamkan, hanya terdapat 500 edisi pertama buku kulit keras untuk siri itu yang dicetak pada tahun 1997.
LONDON: Buku tulisan penulis popular British JK Rowling, Harry Potter edisi kulit keras pertama dijual pada harga £33,000 (RM176,975.86) melalui lelongan dalam talian.

Agensi berita BBC melaporkan, salinan buku edisi 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' itu ditemui oleh seorang guru pada 12 tahun yang lalu bersama dengan dua edisi pertama kulit lembut.
Menurut pelelong dikenali Hansons, sebelum dilelong, nilai buku tersebut mempunyai anggaran £ 8,000- £ 12,000 (RM42,888 - RM64,347) kerana terdapat beberapa kerosakan pada penjilidannya.

“Ia dibeli oleh seorang pembeli di London selepas pertempuran lelong yang tegang.
“Sangat mengagumkan apabila melihat buku-buku Harry Potter ini mendapat sambutan yang amat baik dan mencetuskan tawaran sengit,” katanya.

Difahamkan, hanya terdapat 500 edisi pertama buku kulit keras untuk siri itu yang dicetak pada tahun 1997.

Buku penerbitan popular seluruh dunia itu dilelong dalam talian di Bishton Hall, Staffordshire baru-baru ini.