Sebuah bungkusan tuala basah yang dipercayai milik Malaysia Airlines (MAS) dijumpai di pantai Barat Australia selepas empat bulan kehilangan pesawat penerbangan MH370, kata pasukan penyiasat pada Selasa.

Walau bagaimanapun, pasukan penyiasat itu berkata ianya juga berkemungkinan tiada kaitan dengan pesawat hilang itu.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac, 2014 dengan 239 penumpang dan tiada tanda-tanda jika pesawat itu akan dijumpai. Ia dipercayai berakhir di Lautan Hindi berdekatan dengan pantai barat Australia.

Dalam bungkusan itu terdapat tuala basah dengan logo MAS yang selalunya diberikan untuk penumpang.

Ia dijumpai di pantai Thirsty Point, kira-kira 200 kilometer utara Perth.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dalam satu kenyataan berkata tuala basah bersaiz 6cm x 8 cm dalam bungkusan plastik itu dijumpai di Thirsty Point pada 2 Julai 2014.

“Tuala itu telah pun diserahkan kepada pihak Polis Australia Barat,” kata biro itu dalam satu kenyataan selepas penemuan itu dilaporkan media Australia.

"Ia bagaimanapun, ada kemungkinan tuala itu tiada berkaitan dengan MH370."

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200ER dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6:30 pagi.

Jabatan Penerbangan Awam pada 29 Jan mengumumkan penerbangan MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal telah dianggap telah kehilangan nyawa mereka.