awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carian Google sudah menunjukkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2017
10:35 MYT
Carian Google sudah menunjukkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Keputusan pada carian Google akan menunjukkan 'Jerusalem' jika ayat 'ibu negara Israel' atau 'capital of Israel' ditaipkan.
ENJIN carian terbesar dunia, Google telah mula menunjukkan Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel pada carian mereka, selepas Amerika Syarikat mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel.
Keputusan pada carian Google akan menunjukkan 'Jerusalem' jika ayat 'ibu negara Israel' atau 'capital of Israel' ditaipkan, di mana sebelum ini keputusan akan menunjukkan 'Tel Aviv'.
Begitu juga jika perkataan 'Israel' ditaipkan, ia akan menunjukkan 'capital of Israel'.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis menjadi presiden pertama AS yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Keputusan pada carian Google akan menunjukkan 'Jerusalem' jika ayat 'ibu negara Israel' atau 'capital of Israel' ditaipkan.
Keputusan pada carian Google akan menunjukkan 'Jerusalem' jika ayat 'ibu negara Israel' atau 'capital of Israel' ditaipkan.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Keputusan AS itu menimbulkan kemarahan ramai pihak termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dalam apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian Islam, serta menolak sekeras-kerasnya usaha AS itu.
Selain mendapat kecaman seluruh dunia, pemimpin Hamas, Ismail Haniya menyifatkan keputusan tersebut sebagai deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan 'intifada' atau pemberontakan.
Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Trump itu 'membunuh' proses perdamaian Israel-Palestin.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#capital of Israel
#Donald Trump
#Google
#ibu negara Israel
#Israel
#Jerusalem
#Tel Aviv
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan