Tutup

Berita  | Dunia

The Cave: Filem misi menyelamat gua Tham Luang mula ditayangkan

The Cave: Filem misi menyelamat gua Tham Luang mula ditayangkan
"The Cave" - filem yang mengabadikan misi menyelamat pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap di dalam gua - mula ditayangkan di Bangkok, pada Isnin. -Instagram/ @mikkokohtaodivers
"THE Cave" - filem yang mengabadikan misi menyelamat pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap di dalam gua - mula ditayangkan di Bangkok, pada Isnin.

Tayangan perdana filem arahan Tom Waller itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat tempatan dan luar negara.

"The Cave" dibintangi empat penyelam yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat 12 remaja dan jurulatih pasukan bola sepak Wild Boar di dalam gua Tham Luang di utara Thailand pada 2018.

Sebelum tayangan perdana The Cave semalam, orang ramai terlebih dahulu diberi peluang merasai sendiri pengalaman berada di dalam gua Tham Luang melalui teknologi virtual reality (VR) yang diadakan di sebuah kompleks beli-belah.

Filem "The Cave" memaparkan kisah sebenar operasi menyelamat di sepanjang laluan sempit di dalam gua Tham Luang yang dibanjiri air hujan.

Misi yang turut mendapat bantuan daripada dalam dan luar negara itu telah menarik perhatian dunia susulan kerumitan yang terpaksa ditempuhi pasukan penyelamat.
Selepas 17 hari terperangkap, kesemua anggota pasukan Wild Boar akhirnya berjaya dikeluarkan.




BACA: Pengarah 'The Cave' janjikan jalan cerita sebenar mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang