awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CCSA cadang lanjut tempoh darurat di Thailand sehingga 31 Ogos ini

Agensi
Agensi
21/08/2020
13:43 MYT
CCSA cadang lanjut tempoh darurat di Thailand sehingga 31 Ogos ini
CCSA memaklumkan, pihak eksekutif memutuskan darurat terhadap pentadbiran awam harus dilanjutkan selepas ia tamat pada 31 Ogos ini. - Gambar fail/REUTERS
Tempoh darurat di Thailand dicadang supaya dilanjutkan hingga akhir bulan ini, sekali gus meneruskan kuarantin wajib bagi individu yang tiba dari luar negara.
Jawatankuasa Kecil Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) memaklumkan, pihak eksekutif telah memutuskan bahawa darurat terhadap pentadbiran awam harus dilanjutkan selepas ia tamat pada 31 Ogos ini.
Timbalan Ketua Tentera, Jeneral Nathapol Nakpanit, yang juga Timbalan Ketua Panel CCSA menegaskan, adalah penting untuk memastikan individu yang tiba dari negara luar diwajibkan menjalani dikuarantin selain membolehkan pihak berkuasa bertindak pantas mengekang penularan baharu COVID-19.
Bagaimanapun, jelasnya lanjutan kepada tempoh darurat itu memerlukan kebenaran Kabinet terlebih dahulu sebelum boleh dikuat kuasa.
"Sekiranya muncul gelombang baharu, ia akan amat dikesali berikutan kami sudah menanganinya dengan baik selama 90 hari tanpa jangkitan tempatan," katanya.
Pelaksanaan kuarantin didapati berkesan bagi membendung penularan COVID-19 kerana jangkitan boleh dikesan dalam tempoh 14 hari ketika seseorang itu menjalani pengasingan diri.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#COVID-19
#darurat
#koronavirus
#kuarantin wajib
#Nathapol Nakpanit
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan