Ceritalah: Dalam Minggu Suci, suatu perjuangan bagi roh Filipina

Ceritalah: Dalam Minggu Suci, suatu perjuangan bagi roh Filipina
Penduduk setempat berkumpul untuk menyaksikan upacara penyaliban, di mana sang pendosa akan disalibkan. Kadang-kadang jumlah yang disalibkan mungkin mencapai ratusan orang.
TERDAPAT cetusan seketika - tukul besi kedengaran mengetuk paku: bunyi logam tetapi ringan.

Seorang lelaki - kakinya diikat pada salib sebesar jasad manusia - menjerit ketika logam menembus tapak tangannya. Tidak ada darah. Seorang lelaki lain; berpakaian tentera Rom memegang tukul.

Ia merupakan Jumaat Agung dan Pasukan Ceritalah berada di Pampanga, dua jam ke barat laut ibu kota Filipina, Manila. Ini adalah negeri pertanian yang kaya dan merupakan jantung pada pulau Luzon. Bagi orang Kristian, dan terutamanya Katholik, Minggu Suci memperingati kematian dan kebangkitan Jesus Christ - adalah mercu tanda tinggi dalam kalendar agama.

Setiap tahun, puluhan orang yang menyatakan kekecewaan - yang dipanggil mandarame - dengan rela menyerah diri untuk disalibkan, seringkali atas memenuhi nazar tertentu. Di tempat lain, kumpulan-kumpulan mamalaspas (penyiksa diri) mencambuk diri mereka sendiri sebagai melakonkan semula babak-babak dari Bible bagi menebus dosa mereka.

Upacara berdarah ini - yang mana Gereja Katholik Roman (yang menerima kepatuhan lebih 80 peratus daripada keseluruhan orang Filipina) tidak pernah merestuinya - menarik ribuan penonton.

Pun begitu, ini adalah Filipina dan lebih banyak hal keduniaan tidak pernah jauh daripada sesuatu yang suci.

Lagi pun, republik berpenduduk 108 juta orang itu dibanjiri poster-poster kempen dan kemeriahan aktiviti apabila para calon meningkatkan kerja mempengaruhi pengundi bagi pilihan raya separuh penggal pada 13 Mei ini.

Sifat macho populis Duterte berjaya menjana sokongan buat dirinya. (New York Post)

Terdapat hampir 2,000 jawatan yang dipertandingkan untuk rebutan dalam banyak dewan undangan. Tetapi hadiah terbesar adalah satu daripada 12 kerusi dalam Senat - betul-betul separuh daripada dewan atas. Sementara bunyinya seperti sesuatu yang biasa, hakikatnya ia lebih daripada apa yang kelihatan.

Senator dipilih menerusi suatu pengundian di seluruh negara dan kerana itu, mereka boleh menjadi tokoh politik seluruh Filipina dari Batanes yang jauh di utara hingga ke Tawi Tawi di selatan.
Jadi ketika rakyat Filipina membuang undi mereka Isnin depan (13 Mei), bermakna mereka juga memilih seorang berpotensi sebagai pengganti kepada Presiden Rodrigo Duterte yang peribadinya penuh warna-warni walaupun kotor, yang anak perempuannya, Datuk Bandar Davao, Sara Duterte yang bercita-cita tinggi, juga kebetulan turut mempunyai senarai calon senatornya sendiri melalui partinya, Hugpong ng Pagbabago (HNP).

Apapun keadaannya, pilihan raya ini telah dikerangkakan sebagai bentuk referendum bagi tiga tahun pertama Duterte memegang jawatan.

Berapa banyak "pertaruhan senatornya" dapat mencapai "Magic 12", suatu petanda utama sama ada rakyat Filipina mendokong beliau dan dasar-dasar kontroversinya. Ini termasuklah tekanan keras terhadap dadah, hubungan tidak serius dengan China yang tidak popular, dan begitu juga serangan mulut yang tidak terkawal terhadap kedua-dua media dan Gereja Katholik.

Franko, seorang mamalaspas dan penyokong kuat Duterte, mengatakan bahwa perubahan yang paling ketara sejak Duterte menang adalah keadaan di jalanan yang semakin selamat.

Menariknya, salah seorang penyiksa diri, mamalaspas, adalah orang tempatan Pampanga berusia 37 tahun, Franko yang merupakan penyokong tegar Duterte. Seorang penjaja makanan dalam kehidupan sehariannya, beliau telah menghabiskan setiap 17 Good Friday yang lalu dengan mencambuk diri sendiri di sepanjang jalan San Pedro.

Meneguk bir semasa waktu rehat, Franko menegaskan bahawa Presiden telah melakukan banyak perkara baik seperti membasmi dadah di jalanan dan membina dan infrastruktur.

Penyaliban dan pencambukan Good Friday dalam banyak cara adalah perlambangan bagi bentuk kehidupan awam Filipina yang bercanggah di antara satu sama lain, selalunya adalah dualistik.

Di satu pihak, anda mempunyai sebuah negara yang sepatutnya bersifat baik, republik Katholik yang warak. Di permukaannya, ia adalah Amerika Syarikat versi Asia Tenggara, diperintah oleh elit yang tinggal di Forbes Park, berpangkalan di Manila dan terhubung ke peringkat global. Terdapat dinasti-dinasti yang namanya biasa didengar seperti Aquino, Macapagal dan Roxas, tidak berbeza dengan Bush, Clinton dan Kennedy.

Di pihak lain pula terdapat amalan tradisi yang meluas - malah semakin bertambah - yang sarat dengan kepercayaan tahyul dan bersifat kejantanan seperti penyaliban dan tangkal anting-anting disalut dengan magik untuk dijual di luar gereja-gereja. Malah sosok Duterte yang lebih besar daripada apa yang sebenarnya, bersama dengan kekasaran tetapi cara-caranya yang merendah diri merupakan bahagian penting dunia ini.

Dua calon yang disokong Presiden - Christopher ‘Bong’ Go dan Ronald ‘Bato’ Dela Rosa - akan memasuki dunia politik untuk pertama kali sekiranya terpilih menjadi senator. (Mindanao Daily Mirror)

Ia adalah seolah-olahnya kepimpinan -- alah, "wajah" sebenar Filipina -- telah berayun antara dua naratif dan persona yang bersaing. Yang mana satukah yang mewakili Filipina sebenar? Yang mana akan akhirnya mengungguli "perang" untuk memiliki ruh Republik itu?

Negeri itu tidak dinafikan telah menyesuaikan diri --- dan dalam banyak kes, telah menggagalkan --- norma berkaitan politik dan kepimpinan.

Perjuangan Filipina untuk identiti nasional, kebebasan dan maruah disumbangkan bersama oleh tulisan-tulisan berminda tinggi ilustrado (iaitu elit berpendidikan era kolonial) cemerlang Jose Rizal dan tindakan lagak berani seorang yang tercicir sekolah, Andres Bonifacio.

Dominasi Manila Imperial telah digegarkan oleh wilayah pedalaman seperti Davao di Mindanao, suatu persaingan dan rasa tidak puas hati yang menampakkan bahawa federalisme tidak berjaya meredakan.

Gereja Katolik di Filipina tidak bersetuju dengan upacara lakonan semula penyaliban Jesus Christ. Namun, tradisi berkenaan tetap diteruskan.

Setiap Kepresidenan Macapagal atau Aquino didahului atau diikuti dengan seorang Ferdinand Marcos, Joseph "Erap" Estrada atau Duterte.

Dengan Duterte, adalah kelihatannya seolah-olah "probinsyanos" -- atau orang wilayah -- sedang mengatasi "Manilenyos", atau warga Manila.

Malah, pilihan raya terbaharu menunjukkan bahawa suatu kelompok sihat pencapai Magic 12 yang berpotensi sekurang-kurangnya setia pada pentadbirannya.

Mengapa? Mudahnya kerana orang Filipina biasa melihat dirinya sebagai salah seorang daripada mereka berbanding dengan elit mewah Manila (dihujahkan merupakan keturunan ilustrado) yang tidak selesa dengan kekasarannya.

Franko mungkin sedang melakukan sesuatu, dengan menyifatkan tindakan menyiksa diri sebagai: "Seseorang mestilah memiliki hati dan niat yang suci apabila melakukan perkara ini."

Duterte menangkap dan menyalurkan perasaan dan aspirasi kelas bawahan Filipina yang umumnya tidak diendahkan --- seorang adalah matapang: seorang yang berani, bersungguh-sungguh dan tidak mengalah.

Hampir di seluruh kota, golongan mamalaspas terlibat dalam satu tradisi penyembahan agama yang radikal: pencambukan.

Mereka tahu --- atau sekurang-kurangnya mereka berasa -- beliau menyokong mereka.

Suatu kejayaan separuh penggal bagi senarai calon Duterte bukan hanya membenarkan beliau melaksanakan langkah bercita-cita tinggi seperti reformasi cukai, tetapi juga menyediakan pelantar bagi kemungkinan satu dinasti baharu untuk muncul jika dan bila anaknya Sara masuk bersaing untuk ke Malacanang.

Bolehkah seorang matapang baharu --- sama ada dari probinsyanos atau (ironinya) dari elit yang mereka telah gantikan --- akhirnya untuk muncul mencabar mereka?

Apapun kesnya, Filipina akan terus berani dengan peraturannya sendiri.


* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.





 


Tag: Kolumnis AWANI, Karim Raslan, Filipina, pilihan raya, upacara, Katolik


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.