PADA 2014 lalu ketika Narendra Modi mula-mula dipilih, beliau seharusnya mentransformasikan ekonomi India yang sentiasa kurang berprestasi. Tokoh kelahiran Gujarat itu berjanji untuk mengulangi kejayaan negeri asalnya ke seluruh republik dengan menghasilkan satu arus pekerjaan dan peluang untuk semua.
Sebaliknya, lima tahun berlalu dan selepas pilihan raya yang memecah-belahkan dengan mendalam, India - menurut tinjauan Pejabat Statistik Kebangsaan (NSO) - sedang menghadapi kemiskinan yang meningkat, terutama di kawasan luar bandar dan juga kejatuhan dalam perbelanjaan pengguna yang tidak pernah berlaku sebelum ini - buat kali pertama dalam tempoh lebih empat dekad.
Tinjauan 2017-2018 itu merakam sejauh mana dua inisiatif polisi yang digubal secara lemah - cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang silap dan demonetisasi - telah memusnahkan banyak pekan-pekan India.
Memandangkan prestasi ekonomi yang lemah, Perdana Menteri dan pendokong-pendokong BJP beliau telah mengubah strategi untuk pilihan raya baru-baru ini. Kempen 2019 telah diperjuangkan atas satu platform Hindutva yang agresif dan anti-minoriti.
Mereka juga telah meningkatkan gambaran ancaman Pakistan dan keganasan, dengan melancarkan satu serangan udara ke atas Balakot pada Februari lalu semasa kempen pilihan raya. Selepas pengundian, dalam Ogos, New Delhi mengarahkan satu kepungan kejam ke atas negeri Muslim Jammu dan Kashmir - yang dapat dibandingkan dengan apa yang China lakukan di Xinjiang terhadap Uighur dan tentunya Israel di Tebing Barat dan Gaza.
Sementara itu, masalah ekonominya semakin teruk.
Sektor pembuatannya kian bertambah teruk. Slogan "Make in India" (Buatan India) telah dengan mudah dilupakan - walaupun terdapat peluang meluas yang mana kebanyakannya telah diambil oleh orang Vietnam dan negara-negara ASEAN lain) terlahir daripada perang dagang AS-China. Malah, keputusan untuk keluar dari persetujuan perdagangan RCEP menunjukkan ketidakupayaan republik itu untuk bersaing di peringkat sejagat, menguatkan lagi pendirian India yang melihat ke dalam.
Sektor pembuatan kereta yang dahulunya meledak (dianggarkan kira-kira 40 peratus daripada pengeluaran pembuatan dan 7 peratus keseluruhan GDP) bertentangan dengan kemerosotan kira-kira 23 peratus dalam perbandingan tahun ke tahun. Jualan motosikal juga telah jatuh 16 peratus antara April dan September pada tahun ini.
Sungguhpun begitu, Modi berazam untuk mencapai matlamatnya, mendakwa bahawa ekonomi negaranya akan mencecah ASD5 trilion menjelang 2024 - hampir dua kali ganda tahap semasa pada ASD2.7 trilion. Bagaimanapun, bagi membolehkan pencapaian sasaran ini, India memerlukan sekurang-kurangnya 9 peratus GDP setahun - suatu lonjakan yang tidak mungkin berlaku memandangkan bahawa agensi penarafan kredit global, Moody's telah baru-baru ini menurunkan jangkaan pertumbuhan republik itu kepada 5.6 peratus bagi tahun 2019.
Tentunya, ada kemungkinan bahawa jerebu toksik yang menyelubungi banyak tempat di India utara, terutamanya di ibu kotanya, adalah penyebab kepada kerabunan pentadbiran itu.
Tetapi, berita buruk itu tidak berakhir di situ.
Sektor kewangannya kelihatan menghadapi kehancuran.
Pelbagai skandal, kes muflis dan penutupan - termasuk Punjab & Maharashtra Cooperative Bank dan bank bayangan, Dewan Housing Finance Corp - telah menggegarkan industri itu dengan teruk.
Malah, ribuan bank bayangan yang tiada kawalan undang-undang yang sewajarnya (iaitu pemberi perkhidmatan kewangan bukan bank) dilihat sebagai ancaman besar seperti keadaan di China. Lagipun, memandangkan bahawa kedudukan perbendaharaan kerajaan masa kini yang buruk, peluang bagi menyelamatkannya adalah hampir kepada sifar.
Sudah tentu, India bernasib baik kerana mempunyai beberapa CEO global yang paling berpengalaman dan bijak, daripada Satya Nadella di Microsoft, Ajaypal Singh Banga dari MasterCard ke Sundar Pichai dari Google. Tentunya, mereka bersedia untuk membantu jika berlaku satu krisis kredit dan/atau fiskal?
Bagaimanapun, dengan keadaan dominan Hindutva, kelihatannya akan terdapat penolakan terhadap idea luar - lihatlah peminggiran Raghuram Rajan, dahulunya dengan Reserve Bank of India dan Pemenang Hadiah Nobel bagi Ekonomi, Amartya Sen.
Sudah tentu, bukan semua orang menderita.
Beberapa pemain meraih kejayaan yang baik. Reliance Jio (operator telekom) dimiliki oleh orang paling kaya India, Mukesh Ambani (yang kebetulannya juga orang Gujarat) terus menghapuskan pesaing mereka dengan menawarkan pakej data dan panggilan suara percuma. Malah, rakan kongsi British pesaingnya, Vodafone Idea baru-baru ini telah memotong nilai pegangan 45 peratus kepada sifar.
Keluarga Adanis (yang juga kebetulan orang Gujarat) mengalami peningkatan dramatik 611 peratus keuntungan pada awal tahun di Adani Enterprises mereka - wahana korporat perlombongan dan infrastruktur. Mereka kini mengembangkan infrastruktur lapangan terbang setelah meraih pegangan 23 peratus dalam Mumbai International Airport Limited serta juga beberapa kontrak modernisasi di seluruh negara.
Menambah lagi kemurungan itu adalah kenaikan harga bawang baru-baru ini - suatu kandungan kritikal dalam kelihatannya di kesemua masakan India. Perubahan iklim telah membawa kepada corak cuaca yang tidak dijangka dengan hujan lebat yang menyebabkan keruntuhan dalam tuaian tempatan, yang mendorong pihak berkuasa melepaskan stok kerajaan dan melarang import - dengan menekan harga yang membawa kepada kemarahan peladang di Maharashtra di mana, secara kebetulan, BJP mengalami satu kejatuhan bermakna dari segi sokongan dalam pilihan raya bulan lalu.
Bagaimanapun, ayunan harga bawang bukanlah perkara baharu. Apa yang membimbangkan ialah kegagalan BJP untuk mengurus isu-isu bekalan dan permintaan yang begitu mudah tetapi amat kritikal. Tidak dapat dielakkan, perkara ini menaikkan persoalan-persoalan yang mengganggu mengenai keupayaan dan kompetensi pentadbiran.
India adalah penting bagi kita semua di Asia Tenggara. Kita perlu dan mahu republik itu untuk makmur dan berkembang. Malangnya, kita tidak boleh pasti bahawa kerajaan BJP Narendra Modi mempunyai pegangan kukuh terhadap apa yang perlu ada untuk memimpin raksasa Asia ini.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Karim Raslan
Wed Nov 20 2019
Penduduk tempatan berbaris untuk menaiki pengangkutan awam di Mumbai, India. Pasukan Ceritalah
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Ceritalah - Mandat Duterte yang terlepas
Republik itu akan tidak lama lagi akan bersedia untuk pilihan raya Presiden 2020 yang mana bekas Datuk Bandar Davao itu tidak boleh bertanding.
Amerika Syarikat telah menjadi sebuah Republik Pisang
Orang Amerika telah menunjukkan bahawa jawatan tertinggi di negara itu dan merupakan orang paling berkuasa di dunia -- Kepresidenan -- yang boleh dimanipulasi untuk keuntungan peribadi.
Ceritalah - Era digital: Media sosial bawa lebih mudarat daripada virus
Mutasi ini membuktikan bahawa ia adalah lebih buruk daripada yang asal. Ia juga selamanya sukar bagi kerajaan untuk menanganinya.
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Sedekad berlalu, dunia terus ulang kesilapan lalu
Apa yang berlaku di Malaysia hanyalah suatu perubahan pendek dari suatu alunan global ke arah kanan.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah - Ekonomi India yang bermasalah
Lima tahun berlalu dan selepas pilihan raya yang memecah-belahkan dengan mendalam, India sedang menghadapi kemiskinan yang meningkat.
Ceritalah - Isko Moreno: Jokowi Filipina?
Lonjakan dari budak jalanan kepada datuk bandar kelihatan seperti bahan cerita dari wayang, dan malah, itulah di mana semuanya beliau bermula.
Ceritalah - Ekonomi gig: Bom jangka yang sedang berdetik
Pasukan Ceritalah hadiri satu dialog emosional antara penghantar makanan Foodpanda dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq.
Ceritalah: Apa yang boleh kita belajar dari bantahan aman Hong Kong?
Bagi pihak berkuasa berpangkalan di Beijing, pandangan seumpama itu adalah suatu yang tidak dapat diterima. Mereka menganggap negara kota itu sebagai sebahagian daripada China.