Tutup

Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal

Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Letusan abu gunung berapi dilihat keluar dari Taal. Foto Philippine Star/Ceritalah
APABILA Adriano O Mantiel, seorang pekerja penyenggaraan berusia 46 tahun di wilayah Rizal (kira-kira 16 kilometer ke timur Manila) menyapu debu di atas paparan telefon bimbitnya pada Ahad lalu (12 Jan, 2020), beliau menyedari ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Seperti mana yang diceritakannya kepada Pasukan Ceritalah: "Saya sangkakan ia hujan. Tetapi apabila ia berlaku, alergi saya timbul dengan serta-merta. Saya mula bersin. Mata saya menjadi sangat merah dan saya alami kesukaran untuk bernafas."
"Ia" merupakan letupan Gunung Berapi Taal minggu lalu, yang berlaku 70 kilometer ke selatan Manila, di wilayah Batangas, aktiviti seismik yang pertama dalam masa lebih 40 tahun.

Sesungguhnya, pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial dalam masa beberapa minit.
Pulau Filipina, Luzon (di mana kedua-duanya Manila dan Taal berada) terhenti hampir serta-merta dengan penerbangan masuk dan keluar dari pulau itu dialihkan atau dibatalkan, pasaran saham dihentikan dan perniagaan ditutup, ia seolah-olah keseluruhan kota besar Metro Manila yang menghadap sesuatu yang paling buruk menahan nafas kolektif mereka dan berada dalam keadaan diam.

Tentunya ketakutan paling besar adalah bagi mereka yang hidup paling hampir gunung berapi -- mungkin paling mengejutkan dalam "Lingkaran Api" Asia Tenggara -- yang menebar dari Filipina di utara, melintas Sulawesi dan Maluku ke Jawa dan Sumatera di sebelah barat.


 Kawasan sekitar Gunung Berapi Taal yang diseliputi debu volkanik. Foto Joint Task Group Taal of the Armed Forces of the Philippines/Ceritalah

Gunung Berapi Taal yang kerdil itu terletak di sebuah pulau kecil di tengah-tengah tasik kaldera yang amat cantik. Tepian tasik itu ditandai dengan pekan-pekan seperti Tagatay yang telah berubah sejak beberapa dekad lalu sebagai kawasan permainan bagi orang kaya Manila, atau Manilenas -- dengan restoran plutokrat tempat bersantai Antonio's (di mana bilioner datang dengan helikopter untuk makan tengah hari) dan asrama butik kedesaan Sonya's Garden mendahului yang lain.

Tetapi pada 12 Januari lalu, semua sekali telah berubah. Apa yang berlaku kemudiannya ialah usaha kelam-kabut apabila pihak berkuasa berkejar untuk memindahkan komuniti-komunit berhampiran gunung berapi itu -- menyebabkan kedua-dua tempat perniagaan itu ditutup. Dalam masa empat hari, kira-kira 82.000 orang telah berpindah dengan kerugiaan meningkat berjuta.

Ia bukan seolah-olah tiada amaran: Taal telah berada di Tahap 1 Siaga sejak Mac 2019 kerana gegaran gunung berapi yang dikesan. Lagipun, gunung berapi itu teramat aktif sepanjang abad-abad lalu -- dengan 34 letupan yang direkodkan sepanjang sejarah alamiah gunung berapi itu.

Pun begitu, orang masih terus memilih untuk tinggal dan melawatnya. Pada tahun 2018, pekan berhampiran, Talisay saja dilaporkan menerima hampir 600,000 pengunjung.

 Adriano membersihkan debu volkanik di kenderaannya. Foto Ceritalah

Bagi kita yang tinggal di luar "Lingkaran Api" -- di tanah besar Asia Tenggara dan pulau Borneo, adalah sukar untuk membayangkan kehidupan rapuh dikelilingi dengan gunung berapi dan kemungkinan berlakunya gempa bumi, tsunami dan malah kemendapan tanah  -- paling jelas ialah semasa Tsunami Palu pada September 2018 apabila tanah sendiri hilang kekuatan dan kepaduan dan secara literal mencair untuk menjadi lautan lumpur pekat.

Dan bagi orang Malaysia dan Thai, konsep seumpama itu tidak dapat dibayangkan. Kita boleh mengandaikan keadaan tanah itu kerana bagi kita, bumi itu sendiri tidak bergerak dan tidak berubah.

Pun begitu, kejatuhan debu, walaupun berbahaya untuk disedut telah mendatangkan manfaat besar --memperkayakan tanah dengan nutrien yang kemudian menghasilkan tuaian yang hebat.

Kilat sabung menyabung ketika debu gunung berapi meletus keluar dari kawah. Getty Images/Ceritalah

Adriano yang memerhati letupan itu di televisyen terkejut dengan bagaimana tebalnya debu itu di kawasan kejiranannya -- walaupun 84 kilometer jauh dari gunung berapi itu.

Beliau menyuruh isterinya untuk membeli penutup muka! "Tetapi kebanyakan kedai kehabisan apabila pengaut untung menyudut pasaran."

Dan ia bertambah buruk.

Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) telah mengeluarkan amaran tahap 4 menandakan kemungkinan tinggi bagi berlaku lagi letupan berbahaya.




Berdasarkan pada data sejarah, terdapat bukan saja satu tetapi dua senario ekstrem dalam kes terburuk. Satu;  satu letupan yang berlaku dalam beberapa hari. Lagi satu: letupan yang memakan masa berminggu-minggu. Ditambah pula, gempa-gempa bumi dan tsunami yang berkemungkinan besar akan berlaku selanjutnya.

Hari-hari berikutnya merupakan tempoh menunggu yang tegang, untuk melihat kalau-kalau letupan itu akan bertambah atau hilang begitu saja.

Adriano telah mengalami letupan-letupan sebelum ini, Gunung Pinatubo pada tahun 1991. Beliau ingat dengan jelas bagaimana memusnahkannya -- cara lahar (sejenis laluan lumpur yang mengandungi bahan piroklastik, serpihan batu dan air) menelan keseluruhan kampung.


 Restoran mewah Antonio - ditutup ketika ini - di Tagaytay kerap didatangi para elit Manila. Facebook Antonio/Ceritalah

Malah saya masih ingat menyapu debu dari cemin depan kereta saya di Kota Kinabalu kira-kira 1,1200 jauh.

Adriano kekal trauma dengan pengalamannya pada Pinatubo. "Walaupun hujan debu itu reda sedikit, saya masih berasa ia tidak selamat. Saya melarang anak saya kembali ke sekolah."

Tetapi kebanyakan mereka yang berpindah berasa terdesak untuk kembali ke kediaman mereka.

Adriano bersimpati. Mereka tidak mampu untuk menunggu di tempat perlindungan dan tidak banyak pihak berkuasa dapat lakukan untuk menghalangnya.


Adriano berdiri di hadapan kondominium tempat dia bekerja sejak empat tahun lepas. Foto Ceritalah

"Saya faham kerana semua mereka hendak balik dan menyelamatkan ternakan mereka kerana itu sajalah mereka menyara hidup. Jika saya berada di tempat mereka, saya juga akan cuba menyelamatkan semua yang saya boleh."

Dan di tengah-tengah kerosakan itu, sebuah struktur tempatan telah mewakili ketahanan kawasan itu, orangnya dan malah Filipina secara keseluruhan.

Pertama kali dibina pada tahun 1575, Minor Basilica Saint Martin of Tours (atau lebih ringkas, "Taal Basicilia" ) adalah gereja terbesar di Filipina dan Asia meliputi kira-kira 88.6 meter panjang dan 48 meter lebar.

Pada awalnya dibina berhampiran tebing tasik Taal, ia telah musnah pada tahun 1754 oleh satu letupan gunung berapi itu, yang terbesar pernah direkodkan ketika itu. 

Adriano bersama isteri dan anak lelakinya. Foto Ceritalah

Ia kemudian dibina semula jauh sedikit di atas sebuah bukit yang ditinggikan menghadapi Teluk Balayan tetapi telah dimusnahkan oleh gempa bumi pada tahun 1852 dan 1942. Ia hanya dipulihkan pada tahun 1953 dan kemudian pada tahun 1972.

Adalah diharapkan, gereja yang cantik itu terus bertahan pada bencana yang terbaru.

Tetapi seseorang tidak ragu-ragu bahawa sebarang kerosakan akan dibaiki dan kehidupan akan berterusan dalam dan sekitar Taal.



* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.