Tutup

Berita  | Dunia

Cermin kokpit retak, pesawat berpatah balik selepas terbang 3 jam

Cermin kokpit retak, pesawat berpatah balik selepas terbang 3 jam
Pesawat Jetstar JQ37 dalam perjalanan ke Bali dari Sydney terpaksa mendarat di Melbourne susulan cermin retak. -Gambar fail
SEBUAH pesawat penumpang terpaksa berpatah balik selepas juruterbang ternampak kesan retak pada cermin kokpit.

Insiden berlaku selepas 3 jam pesawat berada di udara dalam penerbangan yang sepatutnya mengambil masa 7 jam.

Pesawat Jetstar JQ37 dalam perjalanan ke Bali dari Sydney, Australia itu kemudiannya terpaksa mendarat di Melbourne, lapor portal stuff.co.nz

Pesawat yang berlepas dari Sydney pada jam 5 petang Rabu waktu tempatan berpatah balik dan mendarat di Tullamarine tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya berkata pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga.

Kenyataan itu juga menambah bahawa tiada sebarang masalah pada struktur pesawat yang boleh membahayakan penumpang.
Dilaporkan penumpang penerbangan berkenaan tidak sedar apa yang berlaku dan tiada insiden panik di dalam kabin pesawat.