Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

China buka 'hospital segera' susulan peningkatan kes import dari Rusia

China buka 'hospital segera' susulan peningkatan kes import dari Rusia
Bangunan pejabat yang diubah suai menjadi hospital sementara ini bakal beroperasi esok. -AP via CCTV
BEIJING: China membuka sebuah hospital lapangan di Suifenhe yang bersempadan dengan Rusia ekoran lonjakan kes jangkitan import koronavirus di bandar itu.

Bandar yang didiami 70,000 orang itu diletakkan di bawah perintah berkurung sejak semalam.

Menurut laporan media tempatan China Daily, hospital sementara itu diubah suai daripada sebuah bangunan pejabat.

Hospital yang dijangka siap sepenuhnya esok itu bakal dilengkapi lebih 600 katil dan dikendali sekitar 400 petugas perubatan.
Susulan perintah berkurung, semua penduduk diminta berada di rumah dan hanya seorang dibenarkan keluar tiga hari sekali untuk membeli barang keperluan.

Setakat Khamis, Suifenhe merekodkan 123 kes import dan 137 kes asimptomatik COVID-19.