awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China cadang perkenal undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2020
00:00 MYT
China cadang perkenal undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong
China bercadang memperkenalkan undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong bagi melarang hasutan, pemisahan dan penukaran. -Gambar fail
China bercadang memperkenalkan undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong bagi melarang hasutan, pemisahan dan penukaran.
Cadangan ini bagaimanapun dijangka mendapat tentangan dan bakal mencetus protes anti-kerajaan yang baharu.
Beijing mempertahankan undang-undang itu atas alasan keselamatan nasional. Namun ia dianggap satu lagi cubaan campur tangan pemerintahan autonomi Hong Kong.
Usul undang-undang itu akan mula didebatkan pada Jumaat.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump turut memberi reaksi terhadap hasrat China itu.
“Saya tidak tahu, tetapi jika ia berlaku, saya akan menangani isu itu dengan tegas,” katanya.
Hong Kong dijanjikan autonomi di bawah polisi satu negara dua sistem sejak pentadbirannya diserahkan dari Britain kepada Beijing pada 1997.
Namun sedikit demi sedikit kebebasan itu cuba disekat.
Tahun lalu, hasrat Beijing yang memperkenalkan undang-undang ekstradisi mencetuskan protes ganas dan turut menjejaskan ekonomi hub kewangan Asia itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Hong Kong, Dennis Kwok menyifatkan undang-undang keselamatan itu sebagai penamat kepada kebebasan yang diamalkan pulau kewangan itu.
Jelasnya, ia bakal menyaksikan pencabulan janji-janji yang dibuat kepada rakyat Hong Kong.
“Ini adalah penamat kepada Hong Kong. Ia adalah penamat kepada satu negara dua sistem.
"Jangan ulangi kesilapan ini, China mencabuli janji kepada rakyat Hong Kong; janji yang dijamin di bawah perjanjian dengan British.
"Mereka sebenarnya mempunyai kewajipan ke atas penduduk Hong Kong. Jangan ulangi kesilapan ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#AS
#Asia
#Beijing
#cetus protes anti-kerajaan
#China
#dapat tentangan
#Donald Trump
#Hong Kong
#larang hasutan
#pemerintahan autonomi
#protes
#undang-undang keselamatan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan