China melaporkan lima kes baharu COVID-19 pada Sabtu, kurang daripada lapan kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), dua daripada kes itu merupakan kes import, manakala selebihnya merupakan jangkitan yang berpunca daripada kes tempatan di bandar Jilin.

Jumlah kes yang disahkan di tanah besar China kini berjumlah 82,947 dengan jumlah kematian sebanyak 4,634.

Ketiga-tiga kes import yang berpunca di sebuah daerah di kota Jilin yang disebut Fengman, itu kini dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.

Justeru, kerajaan China mengambil langkah pencegahan awal lebih ketat dengan hanya membenarkan hanya seorang daripada setiap keluarga untuk keluar dan membeli barang keperluan harian.

Penduduk juga dinasihatkan untuk tidak meninggalkan bandar dan sesiapa yang perlu keluar mesti memberikan keputusan ujian negatif yang diambil dalam 48 jam sebelumnya.

Bandar Jilin adalah bandar kedua terbesar di wilayah Jilin, yang bersempadan dengan Korea Utara dan Rusia.

Ia menghentikan sementara perkhidmatan kereta api penumpang pada Rabu lalu.

Untuk rekod, jumlah kes COVID-19 tanpa gejala di China menurun kepada 12 dari 13, lapor NHC.

Zhong Nanshan, penasihat perubatan kanan kerajaan China memberitahu CNN pada Sabtu bahawa risiko gelombang jangkitan kedua masih ada.

"Ini kerana majoriti masyarakat di China saat ini masih terdedah terhadap jangkitan COVID-19 kerana mereka ini kekurangan dari segi imuniti," kata Zhong.

BACA: COVID-19: Terkini 310,520 kematian, 4.6 juta kes positif