awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China guna ubat anti HIV dan AIDS untuk rawat pesakit koronavirus

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/01/2020
03:37 MYT
China guna ubat anti HIV dan AIDS untuk rawat pesakit koronavirus
Tiga hospital khas kini menggunakan ubat Lopinavir/Ritonavir ((LPV/r) untuk merawat pesakit novel koronavirus
UBAT yang lazimnya digunakan untuk merawat HIV dan AIDS kini sedang digunakan untuk merawat pesakit novel koronavirus (2019-nCoV) di Beijing, kata Suruhanjaya Kesihatan bandar itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, tiga hospital khas kini menggunakan ubat Lopinavir/Ritonavir (LPV/r) untuk merawat pesakit, sebagai sebahagian daripada program Program Diagnosis dan Rawatan Pneumonitis untuk Jangkitan Koronavirus Baharu (Edisi Percubaan).
Pada 25 Januari lepas, Suruhanjaya Kesihatan Bandaraya Shanghai mengesahkan seorang pesakit yang dijangkiti koronavirus telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.
Media tempatan China melaporkan wanita berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Chen dikatakan pulih sepenuhnya daripada virus tersebut.
Kumpulan doktor yang merawat mangsa dikatakan menjalankan uji kaji dengan memberi dos HIV yang dipercayai berjaya menghentikan virus tersebut daripada terus merebak ke dalam sel badan.
BACA: Koronavirus: Pesakit di China pulih guna dos Nelfinavir
Bagaimanapun, Agensi berita CNN memetik Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Dr Anthony Fauci sebagai berkata tiada ubat yang terbukti berkesan untuk merawat virus itu buat masa ini.
Katanya lagi, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat kini sedang berusaha menghasilkan vaksin khusus untuk 2019-nCoV itu, namun ia akan mengambil masa berbulan sehingga fasa pertama percubaan, dan lebih dari setahun untuk menghasilkan stok vaksin itu.
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#AIDS
#Amerika Syarikat
#Beijing
#China
#HIV
#Hospital
#koronavirus
#Media
#novel koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan