Presiden China Xi Jinping dan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bertemu dalam satu majlis menandatangani memorandum untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Memetik laporan media tempatan, kedua-dua negara itu menandatangani memorandum persefahaman dan protokol yang merangkumi 33 projek.

Projek-projek tersebut merangkumi bidang maklumat, industri, pertanian, keselamatan dan penempatan semula rakyat.

Antara projek paling signifikan adalah perjanjian konsesi dan perjanjian saham bagi Zon Ekonomi Khas Kyaukphyu.

Lawatan Xi pada Sabtu menandakan ulang tahun ke-70 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini.