awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sah catat rekod kes pertama virus Zika

Agensi
Agensi
12/02/2016
08:04 MYT
China sah catat rekod kes pertama virus Zika
Lelaki berusia 34 tahun berkenaan menghidapi demam dan ruam ketika berada di luar negara sebelum pulang ke China. - Foto EPA/HOW HWEE YOUNG
Seorang lelaki di China disahkan positif virus Zika, selepas kembali melancong dari Venezuela.
Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan China menyatakan lelaki berusia 34 tahun berkenaan telah menerima rawatan di Venezuela pada 28 Januari.
Pesakit tersebut kemudiannya pada 5 Februari lalu melalui Hong Kong dan bandar Shenzhen.
Seorang doktor di Hospital Awam Ganxian, Dr Deng Yichu berkata lelaki yang berasal dari Ganzhou berkenaan tahu dia menghidapi demam dan ruam ketika berada di luar negara, lapor media CCTV.
"Pesakit berkenaan baru pulang dari luar negara, dan dia tahu mengenai virus berkenaan.
“Dia mendapati dirinya demam dan mendapat ruam ketika berada di luar negara.
"Dia juga berasa sakit di bahagian mata. Pesakit berkenaan juga telah dibawa naik dengan ambulans kami, sejurus dia tiba di sini,”tambah doktor berkenaan.
Bagaimanapun, suruhanjaya kesihatan tersebut berkata virus Zika sukar untuk merebak di China berikutan suhu musim sejuk yang rendah dan kekurangan aktiviti nyamuk, yang menjadi punca virus itu merebak.
Topic Berkaitan
#China
#Hong Kong
#Venezuela
#Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan