Pelakon dan bekas pengacara televisyen, Bill Cosby didapati bersalah melakukan serangan seksual oleh mahkamah, dalam perbicaraan semula pada Khamis.

Keputusan itu dianggap menjulang keadilan kepada berpuluh mangsa.

Setiap tuduhan membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Cosby yang berusia 80 tahun dan uzur, disabitkan kesalahan memberi dadah dan mencabul Andrea Constant di kediaman mewahnya di Philadelphia pada Januari 2004.

Juri yang bersidang lebih 14 jam untuk dua hari, mendapati Cosby bersalah kesemua tiga tuduhan serangan seksual ketika Constant dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Constant turut hadir di mahkamah yang sesak dengan orang ramai untuk menyaksikan keputusan dibacakan.

Pada abad ke-20, Cosby dianggap figura berpengaruh di Amerika Syarikat apabila menjadi pengacara kulit hitam pertama bersiaran di waktu puncak di negara itu.

Perbicaraan pertama Cosby berakhir tanpa sebarang keputusan Jun tahun lalu.