awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,111 kes baharu di Singapura, 9,152 keseluruhan

Bernama
Bernama
21/04/2020
09:03 MYT
COVID-19: 1,111 kes baharu di Singapura, 9,152 keseluruhan
Singapura yang mencatatkan kes pertama COVID-19 pada 23 Jan, mencatatkan jumlah tertinggi dalam kalangan negara ASEAN. - Gambar fail/REUTERS
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan tambahan 1,111 jangkitan kes COVID-19 di republik itu yang menjadikan keseluruhan kes kepada 9,152.
Kementerian itu menyatakan majoriti kes baru terdiri daripada pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing manakala 20 kes melibatkan warganegara Singapura dan Penduduk Tetap.
"Kami masih sedang mengkaji butiran kes, dan makluman selanjutnya akan dikongsikan melalui kenyataan media MOH yang akan dikeluarkan malam ini," menurutnya dalam satu kenyataan di sini.
Dengan jumlah kes terkini itu, Singapura yang mencatatkan kes pertama COVID-19 pada 23 Jan, mencatatkan jumlah tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.
Sehingga 12 tengah hari 20 April, Singapura telah mengklasifikasikan 6,075 kes sebagai penghuni asrama, 339 melibatkan pemegang permit kerja tidak tinggal di asrama, 1,031 kes komuniti dan 569 kes lagi sebagai kes import.
Sementara itu, 801 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj dari hospital ataupun faksiliti pengasingan komuniti, manakala 23 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi dan 11, mati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#coronavirus
#COVID-19
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#pekerja asing
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan