Brazil pada Khamis mencatatkan 45,323 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada lebih 3.5 juta orang, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Kematian akibat pandemik berkenaan juga meningkat apabila 1,204 lagi dilaporkan maut sekali gus menjadikan angka kematian kepada 112,304.

BACA: Sehingga 30 Julai, lebih 90,000 mati di Brazil

Brazil menjadi negara kedua terburuk dari segi kes dan kematian di dunia selepas Amerika Syarikat yang dilanda virus itu.

Di bahagian tenggara Sao Paulo, negeri yang paling ramai penduduknya, menjadi pusat penularan virus COVID-19 dengan 27,905 kematian diikuti Rio de Janeiro dengan 15,074 kematian.