awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Abu Bakar sedia terajui PFA, fokus pulihkan bola sepak Perlis
Keselamatan orang ramai jadi keutamaan semasa banjir - Uggah
JKDM latih pegawai NLP jaga pintu masuk negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: '100,000 kes dalam 4 hari!' - WHO beri amaran pandemik semakin cepat menular

Agensi
Agensi
24/03/2020
00:03 MYT
COVID-19: '100,000 kes dalam 4 hari!' - WHO beri amaran pandemik semakin cepat menular
Dr Tedros meminta orang ramai untuk tinggal di rumah dan mengikuti langkah penjarakan sosial bagi mengekang penularan virus itu. -AP
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik COVID-19 semakin cepat tersebar dengan lebih 300,000 kes dicatat kini.
Jangkitan yang pada mulanya mengambil masa 67 hari untuk mencapai 100,000 kes pertama cuma mengambil masa 11 hari untuk 100,000 seterusnya dan hanya empat hari untuk 100,000 kes selanjutnya.
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus bagaimanapun berkata masih belum terlewat untuk dunia mengubah trajektori itu.
Dr Tedros turut meminta orang ramai agar tinggal di rumah dan mengikuti langkah-langkah penjarakan sosial sebagai usaha membendung virus itu.
Tedros menggesa negara dunia menggunakan ujian ketat dan strategi menjejaki kontak.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino sempena kempen "Tumpaskan COVID-19."
Kata Tedros lagi ketika memberi analogi perlawanan bola sepak, langkah 'bertahan' yang diambil dunia sekarang tidak akan membantu untuk memberikan 'kemenangan'.
"Apa yang paling penting ialah apa yang dilakukan, anda tidak boleh memenangi perlawanan bola sepak dengan mempertahankan diri, anda mesti menyerang."
"Untuk menang, kita perlu menyerang virus dengan taktik yang agresif dan disasarkan - menguji setiap kes yang disyaki, mengasingkan dan menjaga setiap kes yang disahkan serta mengejar dan menjarakkan setiap pertemuan," katanya.
Hands Elbow Face Distance Feel Let some of football's biggest names tell you what you need to be doing to help tackle #COVID19. Learn more https://t.co/iDwqhk1Nor@WHO | @GaryLineker | @Alissonbecker @CarliLloyd | @teammessi | @setoo9 pic.twitter.com/cbW2o2hWuC
— FIFA.com (@FIFAcom) March 23, 2020
Topic Berkaitan
#bola sepak
#cepat menular
#COVID-19
#FIFA
#Gianni Infantino
#pandemik
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan