awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 157 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan lebih 45,000

Bernama
Bernama
07/07/2020
12:12 MYT
COVID-19: 157 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan lebih 45,000
Singapura merekodkan 157 lagi kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Singapura hari ini melaporkan 157 lagi kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 45,140 kes.
Dalam data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) tengah hari tadi, terdapat 20 kes dalam komuniti melibatkan 12 warga tempatan atau penduduk tetap dan lapan pemegang pas kerja.
Selain itu, MOH berkata terdapat tiga kes import, yang kesemuanya diberikan Notis Duduk di Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.
Kementerian itu berkata majoriti besar kes hari ini masih merupakan pemegang pas kerja yang menetap di asrama pekerja.
Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura klasifikasikan 601 daripada kesnya adalah kes import, 1,962 kes komuniti dan 42,420 menetap di asrama.
Pada tengah hari semalam, 40,717 atau kira-kira 90.5 peratus pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Terdapat 208 kes yang telah disahkan masih berada di hospital semalam, dua ditempatkan di unit rawatan intensif, menurut kementerian itu.
Kenyataan itu menambah bahawa 4,032 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi masih diuji positif COVID-19, telah diasingkan dan ditempatkan di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 26 orang meninggal dunia di negara itu akibat komplikasi COVID-19, dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Hanya satu kluster baharu dikenal pasti semalam, Micron Semiconductor Asia Pte Ltd di North Coast Drive.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kes import
#kesihatan
#meninggal dunia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan